SEJARAH BERMULANYA UKUR TANAH
Pada zaman dahulu kala ketika itu tak ada
lagi teknologi dan kaedah moden untuk kerja ukur mengukur ni, alkisahnya
di negeri Mesir kuno ada seorang petani dimana kebun tanamannya
terletak di tepi Sungai Nil. Pada setiap kali turunnya hujan lebat maka
air sungai itu akan melimpah dan terjadi banjir. Banjir yg sebegini
adalah biasa dan bagus buat menyuburkan tanahnya secara semulajadi. Akan
tetapi yang membuatkan petani ini merasa sedikit kecewa adalah kerana
pada setiap kali selepas air sungai itu surut semula, dirasakannya
tanahnya mengecil sedikit demi sedikit. Dari sinilah timbul idea
bagaimana caranya dia nak memastikan yg tanahnya masih dalam keadaan
asal. Jadi dia pun mencari 4 batang kayu lurus yg panjang lalu di pacak
pada 4 penjuru tanahnya termasuklah 2 yg ada di tepi sungai. Sampai skrg
pun kayu ini masih digunakan dalam proses ukur tanah dan dinamakan kayu pancang.
Pendek cerita selepas hujan lebat dan
banjir yg seterusnya, didapatinya 2 pancang yg di tepi sungai tersebut
masih lagi terpacak tetapi tempatnya tidak lagi di tepi sungai. Sekarang
kayu pancang tersebut telah berada di dalam sungai pula kira-kira 2-3
langkah dari tepi sungai. Maka tahulah petani tersebut yg tanahnya telah
mengecil kerana proses penghakisan tanah akibat banjir tadi. Jadi dia
pun membuat benteng tinggi di tepi sungai tersebut dan dibuat parit
supaya air sungai itu dapat masuk dan keluar tanpa menghakis tanahnya
lagi. Nah dari sinilah ilmu dan teknologi ukur tanah mula berkembang
sampailah ke hari ini.
ASAS KERJA UKUR TANAH
Asas kerja ukur tanah adalah terdiri dari 2
bahagian kawalan yg perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur
iaitu kawalan horizontal iaitu kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan koordinit X,Y yg tepat mengikut Pelan Akui
( PA ). Ini dilakukan supaya jurukur tidak tersilap lokasi lot tanah
tersebut dan mengukur tanah org lain pula. Kawalan horizontal ini perlu
dilakukan dengan mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik
mengikut PA dan mematuhi jarak serta sudut yg dibenarkan. Dengan
mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti berkeadaan baik bakal mewujudkan
apa yg dinamakan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga koordinit.
Satu lagi kawalan adalah kawalan vertical
atau aras laras iaitu kawalan kepada ketepatan ketinggian tanah itu
dari paras laut yang di asaskan daripada Batu Aras Sementara ( TBM )
atau Batu Aras Tetap / Bench Mark jabatan ukur kerajaan (
BM jupem ). Kalau bagi kawalan horizontal tadi jurukur perlu menggunakan
3 batu sempadan yg terbukti masih berkeadaan baik, asas kawalan
vertical pula perlu menggunakan BM jupem yg juga terbukti masih
berkeadaan baik. Untuk membuktikan yg BM jupem ini masih berkeadaan baik
perlulah mencari sekurang kurangnya 2 biji dan di ukur dari satu ke
satu yg berikutnya. Apabila terbukti baik barulah jurukur memindahkan
aras kepada TBM yg dibuat sendiri di tempat yg selamat berdekatan tempat
yg akan di ukur tadi. Biasanya BM jupem ini ada di sepanjang tepi jalan
utama pada kadar jarak setiap 2 kilometer, bercat putih dan berbentuk 4
segi serta ada tombol tembaga di atasnya. Di atasnya juga tertulis no
rujukan BM tersebut contohnya BM B0020 dan aras sebenar BM ini boleh di
rujuk kepada pejabat jabatan ukur dan pemetaan negeri atau daerah.
Sebenarnya kerja2 ukur ni terbahagi kpd
banyak cabang tetapi cukuplah sekadar aku ceritakan cabang yg asas dan
terpenting saja di sini.
1.) Ukur Kadastral
2.) Ukur Strata
3.) Ukur Topografi
4.) Ukur Kejuruteraan
5.) Ukur Hidrografi
PERALATAN KERJA UKUR TANAH
Kesemua bidang kerja ukur tanah yg aku
tulis di atas kecuali ukur hidrografi adalah menggunakan peralatan yg
sama. Peralatan asas yg selalu digunakan adalah teodolite, total
station, dumping level, auto level ( “teropong ukur” bagi mereka yg tak
tahu dan faham ), setaf ( pembaris gergasi ), tripod ( kaki tiga ),
tribatch, prism, plumbob ( ladung besi ), ranging pole, tali dan benang,
tape ukur, bubble, cat, paku, hammer, parang, kayu peg, buku, pen dan
tak lupa yg terpenting adalah kalkulator program spt Casio FX 603P atau
FX 601P.
Kalkulator ni adalah ibarat nyawa bagi
seorang jurukur tanah kerana tanpa kalkulator ni amatlah susah untuk
dibuat sebarang pengiraan. Bukan sekadar kalkulator biasa tetapi
kalkulator dari jenis saintifik dan boleh diprogramkan. Harganya pula
mahal nak mampus skrg ni kalau dulu pada tahun 1995 tak sampai RM300
tapi skrg ni dah menjadi lebih dari RM800 dah tu susah nak dapat pulak.
UKUR KADASTRAL
Kerja ukur kadastral adalah bahagian yg
terpenting dan paling memerlukan ketepatan pengiraan serta kemahiran
tinggi. Tak semua jurukur tanah boleh membuat kerja ini kerana ia amat
rumit dan perlu mematuhi peraturan2 serta mengikut kaedah yg digariskan
oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ( JUPEM ). Kerja ukur ini
diletakkan sebagai berkelas satu kerana ketepatan ukuran dan cara
mempraktikannya.
Tujuan kerja ukur kadastral ini adalah
untuk mengukur atau menanda lokasi yg tepat setiap penjuru lot tanah
atau istilah ukurnya batu sempadan lot tersebut.
Kebiasaanya kerja2 ini dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan
jurukur berlesen atau pun jurukur yg di bawah seliannya.
Umumnya kerja2 yg sering dilakukan adalah
menanda atau menanam batu sempadan yg baru, mengganti batu sempadan yg
telah hilang, salah satu proses dalam membuat pecahan lot, salah satu
proses dalam menyediakan Pelan Akui ( PA ) dan juga kerja2 yg berkenaan dalam proses mengeluarkan geran tanah kepada pemiliknya.
UKUR STRATA
Kerja ukur strata pula merupakan proses yg
sama dengan ukur kadastral tadi cuma cara mempraktikannya sahaja yg
berlainan. Dikatakan berlainan kerana ukur strata ini adalah untuk
mengukur lot2 yg ada di dalam banggunan dan bukannya atas tanah. Ukur
strata dipraktikan apabila memproses pengeluaran geran bagi premis2
seperti rumah, pejabat atau kedai yg berada didalam banggunan yg banyak
tingkat seperi rumah pangsa, komplek2 banggunan komersial, apartmen,
kondominium dan banggunan2 tinggi yg lainnya.
Seperti ukur kadastral, kerja ukur strata
ini juga biasanya dilakukan oleh jurukur jabatan ukur kerajaan dan
jurukur berlesen atau pun jurukur yg di bawah seliannya.
UKUR TOPOGRAFI
Kerja ukur topografi pula adalah merupakan
kerja ukur yg paling asas dalam mana2 projek pembanggunan dan merupakan
kerja ukur yg paling mudah di antara cabang2 kerja ukur. Apabila hendak
membuat sesuatu projek seperti jalanraya, landasan keretapi, komplek
komersial dan bangunan, perumahan atau apa projek sekalipun, keadaan
bentuk mukabumi yg asal perlu dipetakan terlebih dahulu sebelum kerja
perancangan dan reka bentuk dapat dibuat.
Dalam kerja ukur topografi setiap benda
kekal yg ada di permukaan bumi akan di ukur dan dimasukkan ke dalam
pelan yg dinamakan pelan topografi. Benda2 kekal ini adalah seperti
ketinggian aras kawasan tersebut, jalan, lorong, parit, pagar, sungai,
manhole, paip-paip air, gas atau pembentung, tiang-tiang letrik, lampu
serta telefon, rumah serta bangunan dan kadangkala pokok2 yg besar juga
akan diukur dan ditandakan di dalam pelan sekali dengan nama jenis pokok
tersebut.
Kerja ukur topografi ini adalah merupakan
proses memetakan bentuk mukabumi yg asal dan data2 yg diperolehi akan
dilukis ke dlm pelan. Dan dari pelan inilah nanti baru kerja perancangan
dan rekabentuk projek pembangunan dapat dilakukan dengan berpandukan
kpd maklumat yg ada di dlm pelan topografi ini.
Kerja ukur topografi tidak memerlukan
kemahiran tinggi dan semua jurukur tanah boleh membuatnya. Ukur
topografi juga tidak termasuk dalam pengukuran berkelas satu.
UKUR KEJURUTERAAN
Kerja ukur kejuruteraan pula
adalah merupakan satu proses yg terbalik dari kerja ukur topografi tadi.
Jika pada ukur topografi keadaan asal mukabumi dipetakan ke dalam pelan
maka dalam ukur kejuruteraan pula maklumat yg terdapat dalam pelan
rekabentuk atau construction plan akan diterjemahkan pula
ke atas tanah. Segala butir seperti ketinggian dan lokasi sebenar projek
akan di tandakan di atas tanah di tempatnya yg tepat seperti yg telah
ditandakan di dalam pelan tersebut.
Kerja ukur kejuruteraan ini biasanya
dilakukan pada projek2 untuk membuat jalanraya, jalan keretapi,
jambatan, infrastruktur, bangunan dan rumah, paip air dan pembentungan,
lapangan terbang, pelabuhan dan jetty serta semua projek2 pembangunan yg
lain. Dalam kerja ukur ini, peralatan yg digunakan tetap sama dgn kerja
ukur yg di atas tadi. Tetapi cara mempraktikannya sahaja yg berbeza.
Contohnya dalam membuat satu projek bangunan, katakanlah ketinggian asal
tapak tanah bangunan tersebut pada pelan topografi berada pada paras 10
meter dari aras laut. Tetapi mengikut pelan rekabentuk, ketinggian
tapak yg diperlukan adalah 12 meter. Jadi jurukur mesti menanda aras
baru tersebut dan membuat perhitungan akan kedudukan tepat kaki dan
pengatas cerun slope yg berbeza 2 meter itu. Kemudiannya penjuru
bangunan itu akan di tanda pula utk kerja2 menyediakan asas tapak
bangunan. Apabila ketinggian baru tapak telah dicapai setelah kerja
penambakan tanah selesai maka kerja berikutnya adalah menanda pula
lokasi sebenar cerucuk / piling yg akan ditanam ke dalam tapak tersebut.
Kerja2 menanda ini atau dalam istilah ukur disebut sebagai setting-out survey
perlu dilakukan dengan pengiraan yg teliti dan tepat. Ini adalah supaya
bangunan yg bakal dibina itu tidak tersasar daripada apa yg telah
ditandakan di dalam pelan rekabentuk. Kawalan dari segi horizontal dan
vertical amat perlu dilakukan dari masa ke semasa supaya bangunan tadi
tegak dan tidak condong. Jadi amatlah perlu bagi jurukur untuk
memastikan datum yg digunakan adalah tepat dan betul dan dibuat TBM
serta station baseline pada tempat yg selamat dan boleh bertahan lama.
Kerja ukur kejuruteraan boleh dilakukan
oleh semua jurukur yg mempunyai kemahiran dan tak semestinya jurukur
berlesen sahaja. Skil2 yg tepat dan betul adalah perlu dalam
mempercepatkan proses penandaan. Walaupun kedengarannya seperti agak
mudah tetapi sebenarnya kerja ukur kejuruteraan ini juga memerlukan
proses pengiraan tepat sebagaimana kerja ukur kadastral. Andai tersilap
dalam mengira dan menanda maka keseluruhan bangunan tadi akan menjadi
salah bina dan bakal membawa kerugian kepada kontraktor yg membinanya.
Seseorang jurukur itu perlu bertanggungjawap terhadap apa yg diukurnya
dan tanggungjawap ini pula bukanlah mudah.
UKUR HIDROGRAFI
Ukur hidrografi ini sebenarnya adalah
cabang kerja ukur tanah juga dan seperti kerja ukur topografi sifatnya.
Tetapi yg membezakannya adalah kerana tanah yg diukur itu bukanlah yg
berada di atas permukaan bumi seperti biasa. Ukur hidrografi dijalankan
apabila hendak mengetahui keadaan topografi tanah yg berada di bawah
permukaan air laut, tasik atau sungai dan untuk mengukur kedalaman
airnya. Selain itu peralatan yg digunakan juga adalah berlainan sama
sekali dan merupakan peralatan yg berteknologi tinggi seperti echo
sounder , GPS serta software khas utk pemprosesan data dan menggunakan
kapal atau pun bot.
Dalam kerja ukur ini asas2 ukur seperti
kawalan horizontal X,Y dan kawalan vertical tetap diguna pakai. Kawalan
horizontal adalah dikawal secara sistem Global Positioning System ( GPS )
iaitu berpandukan satelit dan kawalan vertical atau aras pula adalah
dari TBM terdekat yg ada di tepi laut, tasik atau sungai tersebut dan
juga aras air laut pada waktu kerja ukur itu di jalankan. Aras air laut
pada waktu kerja dijalankan akan dirujuk pula pada almanak pasang surut
air kawasan yg berkenaan.
Walaupun kerja ukur hidrografi adalah satu
dari cabang ukur tanah tetapi bukan semua jurukur dapat melakukannya.
Hanya mereka yg mempunyai kemahiran dan pengkhususan hidrografi sahaja
yg dapat membuat kerja ukur ini.
Nota kaki :
Apa yg aku tuliskan di atas ini adalah
merupakan secara ringkas sahaja dan berpandukan pada kemahiran dan
pengalaman aku sendiri. Andai ada sebarang pertanyaan atau mahukan info
yg lebih maka silalah rujuk kepada nota2 kuliah yg aku link di sini
dalam menu “ilmu ilmu percuma” ataupun rujuklah kepada Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia ( JUPEM )
Tak baik tau ka ciplak entri org pastu buat mcm entri sendiri tanpa kebenaran.....
BalasPadam